PORTAL SEKOLAH
|
MANUAL PENGGUNA PORTAL
SEKOLAH Dokumen ini adalah sebagai
panduan penggunaan sistem bagi Portal Sekolah. Pengguna sistem boleh merujuk
manual ini sekiranya ingin mengetahui terperinci penambahbaikan dan pembaharuan
yang telah dilakukan di dalam Portal Sekolah |
|
KANDUNGAN |
|
1. PENAMBAHBAIKAN
SISTEM PENDAFTARAN MATA PELAJARAN BAGI CALON SPM 1.1
Maklumat
Peribadi 1.2
Senarai
Calon Dan Pencarian Calon 1.3
Pendaftaran
Mata Pelajaran Secara Individu 1.4
Pendaftaran
Mata Pelajaran Ikut Kelas 1.5
Penghantaran
Pendaftaran 1.6
Permohonan
Pembetulan 1.7
Laporan
Pendaftaran (Penambahbaikan) ü Kenyataan
Semakan 2. MENU BARU SISTEM PENDAFTARAN MATA PELAJARAN BAGI CALON SPM
& SKM 2.1
Calon Baru
(SKM) 2.2
Calon Baru
(SKM) Tanpa No. K/P 2.3
Calon Baru
(SKM) Ikut Kelas 2.4
Calon Baru
(SKM) Tanpa No. K/P Ikut Kelas 2.5
Pendaftaran
Mata Pelajaran Ikut Kelas (Calon SKM) 2.6
Penentuan
Mata Pelajaran Tambahan Calon 2.7
Laporan
Pendaftaran (Baru) ü Senarai
Calon Mendaftar Mata Pelajaran Tambahan 3. MANUAL PENGGUNA
MENU BARU SISTEM PENDAFTARAN BAGI CALON SPM & SKM 3.1
Pendaftaran Calon Baru (SKM) 3.2
Pendaftaran Calon Baru (SKM) Tanpa
No. K/P 3.3
Pendaftaran Calon Baru (SKM) Ikut
Kelas 3.4
Pendaftaran Calon Baru (SKM) Tanpa
No. K/P Ikut Kelas 3.5
Pendaftaran Mata
Pelajaran Ikut Kelas (Calon SKM) 3.6
Penentuan Mata Pelajaran Tambahan
Calon 4. PENAMBAHBAIKAN
SISTEM KEMASUKAN MARKAH 4.1
Sistem
Gred Markah Percubaan 4.2
Kemasukan
Markah Percubaan (MP) 4.3
Kemasukan
Markah Percubaan (Calon) 4.4
Kemasukan
Markah Kerja Kursus Bagi Kertas 3756/3 Prinsip Akaun |
|
1. PENAMBAHBAIKAN
SISTEM PENDAFTARAN MATA PELAJARAN BAGI CALON SPM |
||||||||
|
1.1
Maklumat Peribadi 1. Bagi
pengemaskinian maklumat peribadi calon, sistem telah menghadkan pilihan data bagi
medan Kod Peperiksaan Dahulu mengikut Jenis Kemasukan yang dipilih seperti di
bawah:
2.
Maklumat peribadi bagi calon
persendirian yang mempunyai Kod
Peperiksaan Dahulu = 7 (Calon
pertama kali menduduki SPM dan ingin mendaftar Bahasa Melayu) tidak dibenarkan
dikemaskini di Laman Web Sekolah. Sekiranya pengguna sistem cuba mengemaskini
maklumat peribadi calon, pengemaskinian tersebut tidak akan berjaya dan mesej
di bawah akan dipaparkan. Pengemaskinian rekod tersebut hanya boleh dilakukan
di panel Pengemaskinian Pendaftaran di Laman Web JPN.
|
||||||||
|
1.2 Senarai Calon Dan
Pencarian Calon 1.
Sistem
tidak akan membenarkan maklumat peribadi iaitu Agama calon diubah setelah
mata pelajaran didaftarkan. 2.
Sekiranya pengguna
perlu mengemaskini agama calon selepas pendaftaran mata pelajaran dibuat,
pengguna perlu menghapuskan pendaftaran mata
pelajaran calon tersebut. |
||||||||
|
1.3 Pendaftaran Mata
Pelajaran Secara Individu 1. Perubahan
sistem adalah melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2.
Calon hanya dibenarkan untuk
mendaftar maksimum dua belas (12) mata pelajaran. Daripada dua belas (12)
mata pelajaran ini, dua (2) daripadanya adalan mata pelajaran tambahan. 3. Mata
pelajaran calon hanya boleh didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4. Mata
pelajaran 1223, 5227 dan 5228 hanya akan didaftar kepada CALON BERAGAMA
ISLAM, manakala mata pelajaran 1225, akan didaftar kepada CALON BUKAN
BERAGAMA ISLAM secara automatik. 5. Mata pelajaran tambahan boleh dikemaskini melalui pilihan
menu PENENTUAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN. 6. Mata
pelajaran yang bertanda (*) telah ditentukan sebagai mata pelajaran tambahan
calon. 7. Sekiranya
mata pelajaran yang telah didaftar dihapus pendaftarannya selepas penentuan
mata pelajaran tambahan dibuat, secara automatik sistem akan membatalkan mata
pelajaran yang telah dijadikan mata pelajaran tambahan tersebut. Contoh:
§ Calon
mendaftar dua belas (12) Mata Pelajaran dan dua (2) mata pelajaran telah dikemaskini
sebagai mata pelajaran tambahan. § Satu
mata pelajaran yang BUKAN mata pelajaran tambahan telah dihapus
pendaftarannya. § Calon
kini mempunyai sebelas (11) mata pelajaran berdaftar. § Secara
automatik sistem akan membatalkan salah satu mata pelajaran tambahan tersebut 8. Pengguna
sistem dinasihatkan mengemaskini kemasukan pendaftaran secara individu dengan
lengkap sebelum meneruskan pengemaskinian data mata pelajaran tambahan. 9. Calon
tidak dibenarkan mendaftar bersama-sama mata pelajaran yang jadual peperiksaan
bertindih pada waktu yang sama. 10. Setiap
pendaftaran mata pelajaran yang dilakukan mestilah berpandukan buku Panduan
Pengurusan Peperiksaan. |
||||||||
|
1.4 Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas
1. Perubahan sistem adalah melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2.
Calon hanya dibenarkan untuk
mendaftar maksimum dua belas (12) mata pelajaran. Daripada dua belas (12)
mata pelajaran ini, dua (2) daripadanya adalan mata pelajaran tambahan. 3. Mata pelajaran calon hanya boleh didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4. Mata pelajaran 1223, 5227 dan 5228 hanya akan didaftar kepada CALON BERAGAMA ISLAM, manakala mata pelajaran 1225, akan didaftar kepada CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM secara automatik. 5. Mata pelajaran tambahan boleh dikemaskini melalui pilihan menu PENENTUAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN. 6. Sekiranya pengguna masih mengemaskini pendaftaran mata pelajaran mengikut kelas selepas penentuan mata pelajaran tambahan dibuat, data mata pelajaran tambahan yang telah dibuat akan dibatalkan. Pengguna sistem perlu mengemaskini semula data mata pelajaran tambahan tersebut. 7. Pengguna sistem dinasihatkan mengemaskini kemasukan pendaftaran mata pelajaran ikut kelas dengan lengkap sebelum meneruskan pengemaskinian data mata pelajaran tambahan. 8. Sekiranya dalam satu kelas terdapat calon biasa (SPM) dan calon SKM, sistem akan memaparkan mesej pemberitahuan. Pengguna masih boleh meneruskan pendaftaran seperti biasa dan sistem hanya akan mendaftarkan mata pelajaran hanya kepada calon biasa (SPM). 9.
Nombor dalam kurungan menunjukan bilangan calon yang
telah mendaftar mata pelajaran tersebut. 10. Fungsi
Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas hanya dibenarkan untuk kelas di mana
SEMUA calon dalam kelas tersebut masih belum mendaftar apa-apa mata pelajaran.
11. Jika telah
terdapat calon dari kelas tersebut yang telah mendaftar mata pelajaran dan
pengguna masih ingin menggunakan fungsi Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut
Kelas, pengguna boleh guna butang HAPUS yang dipaparkan untuk menghapuskan SEMUA
mata pelajaran bagi SEMUA calon dalam kelas tersebut. 12. Pengguna
dinasihatkan memasukkan SEMUA calon ke dalam sesuatu kelas sebelum
menggunakan fungsi Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas 13. Calon tidak dibenarkan
mendaftar bersama-sama mata pelajaran yang jadual peperiksaan bertindih pada
waktu yang sama. 15. Setiap
pendaftaran mata pelajaran yang dilakukan mestilah berpandukan buku Panduan
Pengurusan Peperiksaan. |
||||||||
|
1.5 Penghantaran Pendaftaran
1. Sekiranya masih terdapat calon yang belum lengkap maklumat pendaftaran mata pelajaran tambahan sistem tidak akan membenarkan Penghantaran Pendaftaran dilakukan. 2.
Pengguna sistem perlu melengkapkan
maklumat mata pelajaran tambahan melalui pilihan menu PENENTUAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN terlebih
dahulu sebelum boleh meneruskan proses penghantaran pendaftaran. |
||||||||
|
1.6 Permohonan Pembetulan
1. Pengguna sistem perlu mengemaskini penentuan mata pelajaran tambahan selepas menambah rekod permohonan pembetulan. 2. Pengesahan pembetulan tidak dapat dilakukan oleh pihak JPN selagi pengguna sistem tidak mengemaskini rekod mata pelajaran tambahan tersebut. |
||||||||
|
1.7 Laporan Pendaftaran (Penambahbaikan)
1. Kenyatan Semakan
Mata pelajaran yang bertanda
(*) adalah mata pelajaran yang telah ditentukan sebagai mata pelajaran
tambahan calon. |
|
2. MENU BARU SISTEM PENDAFTARAN MATA PELAJARAN BAGI CALON SPM & SKM |
|
2.1 Calon Baru (SKM)
1.
Calon SKM hanya boleh didaftarkan bagi
Sekolah yang mempunyai maklumat calon SKM sahaja. 2.
Calon wajib mendaftar empat (4) mata
pelajaran. 3.
Mata pelajaran calon hanya boleh
didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4.
Mata pelajaran 1224 - Pendidikan Islam
hanya untuk CALON BERAGAMA ISLAM manakala mata pelajaran 1226 - Pendidikan
Moral hanya untuk CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM. 5.
Menu baru ini hanya akan dipaparkan
bagi sekolah yang mempunyai calon SKM sahaja. |
|
2.2 Calon Baru (SKM) Tanpa No. K/P
1.
Calon SKM hanya boleh didaftarkan
bagi Sekolah yang mempunyai maklumat calon SKM sahaja. 2.
Calon wajib mendaftar empat (4) mata
pelajaran. 3.
Mata pelajaran calon hanya boleh
didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4.
Mata pelajaran 1224 - Pendidikan Islam
hanya untuk CALON BERAGAMA ISLAM manakala mata pelajaran 1226 - Pendidikan
Moral hanya untuk CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM. 5.
Menu baru ini hanya akan dipaparkan
bagi sekolah yang mempunyai calon SKM sahaja. |
|
2.3 Calon Baru (SKM) Ikut Kelas
1. Calon SKM hanya boleh didaftarkan bagi Sekolah yang mempunyai maklumat calon SKM sahaja. 2. Calon wajib mendaftar empat (4) mata pelajaran. 3. Mata pelajaran calon hanya boleh didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4. Mata pelajaran 1224 - Pendidikan Islam hanya untuk CALON BERAGAMA ISLAM manakala mata pelajaran 1226 - Pendidikan Moral hanya untuk CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM. 5. Sekiranya dalam satu kelas terdapat calon biasa (SPM) dan calon SKM, sistem akan memaparkan mesej pemberitahuan. Pengguna masih boleh meneruskan pendaftaran seperti biasa dan sistem hanya akan mendaftarkan mata pelajaran hanya kepada calon SKM.
6.
Nombor dalam kurungan menunjukan
bilangan calon (SKM) telah mendaftar mata pelajaran tersebut. 7.
Menu baru ini hanya akan dipaparkan
bagi sekolah yang mempunyai calon SKM sahaja. |
|
2.4 Calon Baru (SKM) Tanpa No. K/P Ikut Kelas
1. Calon SKM hanya boleh didaftarkan bagi Sekolah yang mempunyai maklumat calon SKM sahaja. 2. Calon wajib mendaftar empat (4) mata pelajaran. 3. Mata pelajaran calon hanya boleh didaftar jika maklumat peribadinya telah diisi. 4. Mata pelajaran 1224 - Pendidikan Islam hanya untuk CALON BERAGAMA ISLAM manakala mata pelajaran 1226 - Pendidikan Moral hanya untuk CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM. 5. Sekiranya dalam satu kelas terdapat calon biasa (SPM) dan calon SKM, sistem akan memaparkan mesej pemberitahuan. Pengguna masih boleh meneruskan pendaftaran seperti biasa dan sistem hanya akan mendaftarkan mata pelajaran hanya kepada calon SKM.
6.
Nombor dalam kurungan menunjukan
bilangan calon (SKM) telah mendaftar mata pelajaran tersebut. 7.
Menu baru ini hanya akan dipaparkan
bagi sekolah yang mempunyai calon SKM sahaja. |
|
2.5 Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas (Calon SKM)
1. Jika maklumat peribadi sebarang calon di dalam kelas belum diisi, fungsi PENDAFTARAN MATA PELAJARAN (CALON SKM) tidak dapat digunakan. Ini adalah kerana sistem tidak dapat mengetahui agama calon tersebut. 2. Calon wajib mendaftar empat (4) mata pelajaran. 3. Mata pelajaran 1224 - Pendidikan Islam hanya untuk CALON BERAGAMA ISLAM manakala mata pelajaran 1226 - Pendidikan Moral hanya untuk CALON BUKAN BERAGAMA ISLAM. 4.
Nombor dalam kurungan menunjukan
bilangan calon (SKM) telah mendaftar mata pelajaran tersebut. 5.
Fungsi Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas hanya
dibenarkan untuk kelas di mana SEMUA calon dalam kelas tersebut masih belum
mendaftar apa-apa mata pelajaran. 6.
Jika telah terdapat calon dari kelas tersebut yang
telah mendaftar mata pelajaran dan pengguna masih ingin menggunakan fungsi
Pendaftaran Mata Pelajaran Ikut Kelas, pengguna boleh guna butang HAPUS yang dipaparkan
untuk menghapuskan SEMUA mata pelajaran bagi SEMUA calon dalam kelas
tersebut. 7.
Pengguna dinasihatkan memasukkan SEMUA
calon ke dalam sesuatu kelas sebelum menggunakan fungsi Pendaftaran Mata
Pelajaran Ikut Kelas. 8.
Menu baru ini hanya akan dipaparkan
bagi sekolah yang mempunyai calon SKM sahaja. |
|
2.6 Penentuan Mata Pelajaran Tambahan Calon
1. Mata pelajaran tambahan calon adalah hanya untuk calon yang telah mendaftar lebih dari sepuluh (10) mata pelajaran sahaja. 2. Satu (1) mata pelajaran tambahan perlu ditentukan bagi calon yang mendaftar 11 mata pelajaran manakala dua (2) mata pelajaran tambahan perlu ditentukan bagi calon yang mendaftar dua belas (12) mata pelajaran. 3.
Penghantaran Pendaftaran ke JPN
tidak akan dapat dilakukan selagi maklumat mata pelajaran tambahan calon
belum lengkap. |
|
2.7 Laporan Pendaftaran (Baru)
Senarai Calon Mendaftar Mata Pelajaran Tambahan
Tambahan laporan baru
‘Senarai Calon Mendaftar Mata Pelajaran Tambahan’. Laporan ini menyenaraikan
calon yang mendaftar mata pelajaran tambahan bagi sekolah tersebut. |
|
3. MANUAL PENGGUNA MENU BARU |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4. PENAMBAHBAIKAN
SISTEM KEMASUKAN MARKAH |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4.1
Sistem Gred Markah Percubaan 1. Penggunaan
sistem gred baru A+ bagi peperiksaan SPM telah diaplikasikan pada panel Sistem
Gred Markah Percubaan. Sekolah boleh
menentukan julat markah bagi gred A+ tersebut. 2. Sistem
gred lama masih boleh diguna untuk tahun sebelumnya. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4.2
Kemasukan Markah Percubaan (MP) 1. Paparan
sistem gred baru A+ dipaparkan berdasarkan julat markah yang dimasukkan setiap
mata pelajaran untuk peperiksaan percubaan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4.3
Kemasukan Markah Percubaan (Calon) 1.
Paparan sistem gred baru A+ dipaparkan berdasarkan julat markah
yang dimasukkan setiap mata pelajaran untuk peperiksaan percubaan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4.4 Kemasukan Markah Kerja
Kursus bagi kertas peperiksaan 3756/3 Prinsip Akaun 1.
Bagi kemasukan markah kerja kursus bagi kertas 3756/3
Prinsip Akaun, sistem telah menentukan format pentaksiran baru dalam
mengumpul markah kertas tersebut. 2.
Kertas 3756/3 akan menggunakan format pentaksiran 10 di
mana, input medan markah yang dibenarkan adalah seperti berikut: a.
Digit atau markah dari 0 hingga nilai maksimum markah
kertas tersebut. b.
“T” mewakili TIDAK HADIR. Masukkan T jika calon yang
mengambil kertas tersebut tidak hadir. c.
“P” mewakili PENGECUALIAN. Masukkan P jika calon yang mendaftar
mata pelajaran 3756 Prinsip Akaun mendapat pengecualian bagi kertas 3756/3. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||