|
Selepas mendaftarkan calon persendirian, JPN
boleh menyemak maklumat pendaftaran tersebut. JPN juga boleh mengemaskini
maklumat peribadi dan mata pelajaran calon, selagi calon persendirian tersebut
belum ditempatkan ke sekolah atau pusat tertentu.
1. Pemaparan Senarai Calon
Fungsi ini bertujuan untuk menyenaraikan calon
yang telah berdaftar di bawah sesuatu daerah.

Rajah
1
Langkah-langkah:
1.
Klik Senarai Calon Persendirian di
bawah Pendaftaran pada menu kiri. Laman Senarai Calon akan dipaparkan.
2.
Klik pada medan Daerah untuk
mendapatkan satu senarai daerah.
3.
Pilih daerah yang diingini.
4.
Klik butang Senarai. Satu senarai
calon persendirian yang berdaftar di bawah daerah yang dipilih akan
dipaparkan (sila rujuk Rajah 1).
|
Lihat juga…
1.
Pencarian Calon
|
2. Pengemaskinian Maklumat Peribadi
Calon
Fungis ini memaparkan maklumat peribadi calon.
Bagi calon yang belum diproses atau ditempatkan oleh JPN, maklumat peribadinya
boleh dikemaskini. Bagi calon yang telah diproses atau ditempatkan oleh
JPN, pengemaskinian tidak dibenarkan.

Rajah
2

Rajah
3
Langkah-langkah:
1. Daripada laman Senarai Calon,
klik pada Peribadi bagi calon yang ingin dilihat maklumat peribadinya.
2. Laman Maklumat Peribadi Calon
Persendirian akan dipaparkan.
3. Bagi calon yang belum diproses atau
ditempatkan oleh JPN, maklumatnya boleh dikemaskini. Masukkan atau
kemaskini maklumat peribadi calon dengan betul. Setelah siap, klik butang Kemaskini (Rajah 2).
4.
Bagi
calon yang telah ditempatkan oleh JPN maklumat sekolahnya akan dipaparkan
di bahagian bawah (Rajah 3).
|
Nota
1. Klik hyperlink A4 atau Letter
untuk melihat dan mencetak kenyataan semakan bagi calon tersebut.
2. Pengemaskinian tidak dibenarkan lagi
bagi calon yang telah diproses atau ditempatkan ke sekolah. Walaupun
begitu, maklumat calon masih boleh dikemaskini di bawah login sekolah
tersebut.
|
3. Pengemaskinian Maklumat Mata
Pelajaran
Laman ini memaparkan maklumat mata pelajaran
calon. Bagi calon yang belum diproses atau ditempatkan oleh JPN, maklumat
mata pelajarannya boleh dikemaskini. Bagi calon yang telah diproses atau
ditempatkan oleh JPN, pengemaskinian tidak dibenarkan lagi.

Rajah 4

Rajah 5
Langkah-langkah:
1. Daripada laman Senarai Calon,
klik pada MP bagi calon yang ingin dilihat maklumat mata
pelajarannya.
2. Untuk
mengemaskini mata
pelajaran, pilih mata pelajaran yang ingin didaftar dari senarai Mata
Pelajaran. Klik butang Tambah. Mata pelajaran yang
didaftar akan dipaparkan di bahagian bawah. (Rajah 4)
3. Untuk
menghapus mata pelajaran, dalam senarai mata pelajaran yang telah didaftar,
kosongkan petak di sebelah kiri bagi mata pelajaran yang ingin dihapuskan.
4. Untuk
mengetahui jumlah yuran yang dikenakan, setelah memilih mata pelajaran,
klik butang Kira Jumlah Bayaran. Yuran pendaftaran akan dipaparkan.
5. Setelah
selesai, klik butang Kemaskini.
6.
Laman Pembetulan
Mata Pelajaran Tambahan akan dipaparkan. (Rajah 5)
7.
Tentukan mata
pelajaran tambahan calon.
8.
Bila selesai, klik
butang Kemaskini.
|
Nota
1.
Pengemaskinian
tidak dibenarkan lagi bagi calon yang telah diproses atau ditempatkan
sekolah. Walaupun begitu, maklumat calon masih boleh dikemaskini di bawah
login sekolah tersebut.
|
4. Penghapusan Calon
Fungsi ini bertujuan untuk membatalkan
pendaftaran calon yang silap didaftar, dengan syarat calon tersebut belum
diproses atau ditempatkan sekolah.
Langkah-langkah:
1. Pada laman Senarai Calon
Persendirian, pilih calon yang ingin dihapuskan (Rajah 1).
2. Klik butang Hapus.
|
Nota
1.
Penghapusan
calon yang telah ditempatkan sekolah tidak dibenarkan.
|
|