PANDUAN PERMOHONAN PENGESAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1. Permohonan pengesahan keputusan perlulah dibuat secara bertulis kepada Pengarah Peperiksaan.

2. Agensi kerajaan dan swasta yang memohon pengesahan keputusan peperiksaan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit : Lima puluh sahaja) bagi SETIAP CALON.

3. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM50.00 (Ringgit: Lima puluh sahaja) bagi SETIAP CALON atas nama Akauntan Negara Malaysia. Cek Persendirian tidak diterima.

4. Pemohon digalakkan melampirkan salinan sijil atau salinan keputusan (jika ada).

5. Permohonan secara hantaran tangan boleh di serahkan di Kaunter Perkhidmatan Lembaga Peperiksaan.

MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN

1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.

2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
    (i) Isnin hingga Khamis : 8.15 pg – 4.30 ptg
    (ii) Jumaat   : 8.15 pg – 12.00 tengahari
                         2.45 ptg – 4.30 ptg

6. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 11, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(UP: SEKTOR DASAR PENTAKSIRAN)

  • Hits: 89154