Logo

LOGO TRANS

 

Logo ini adalah hasil daripada gabungan bentuk ogif dan lengkung normal. Bentuk ogif menunjukkan teknologi moden pengujian sementara lengkung normal melambangkan teori klasik pengukuran.

Ogif itu dibentuk menyerupai dua ekor burung menghadap satu sama lain dengan sayap mereka berbentuk buku yang melambangkan semangat berlumba-lumba dalam usaha mencari ilmu pengetahuan.

Warna hijau melambangkan Agama Islam - agama rasmi negara ini. Warna Emas membayangkan kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan.

Perkataan yang terukir pada bahagian bawah adalah moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

  • Hits: 3434