Fungsi dan Tanggungjawab
Fungsi Lembaga Peperiksaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550):
- Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah.
- Mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
- Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
Tanggungjawab Lembaga Peperiksaan:
- Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
- Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
- Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
- Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
- Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
- Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
- Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan "standard".
- Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
- Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.
- Hits: 6142