Soalan-soalan Lazim Perkhidmatan Lain
1.1 |
Bagaimanakah kaedah permohonan untuk berkhidmat di Lembaga Peperiksaan (LP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)? |
Sebagai PPP, permohonan hendaklah menggunakan Borang PPPP/ LP16 yang lengkap diisi, berserta dokumen sokongan yang diperlukan. Proses temuduga akan dijalankan bagi permohonan yang telah disenarai pendek. Iklan kekosongan jawatan PPP di LP akan dimuatnaik di portal LP http://lp.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa. |
|
1.2 | Bolehkah agensi-agensi di bawah KPM memohon penggunaan Dewan / Bilik Mesyuarat di Lembaga Peperiksaan? |
Boleh. Permohonan perlulah dikemukakan secara bertulis melalui : Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Aras 1, 2, 5 - 13, Blok E11 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p : Puan Khamizah Binti Kamaruddin) |
|
1.3 |
Bolehkah Kementerian / Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat tempahan kenderaan Lembaga Peperiksaan? |
Tempahan kenderaan Lembaga Peperiksaan hanya dibenarkan untuk Agensi/Jabatan di bawah KPM sahaja tertakluk kepada kekosongan jadual penggunaan bas LP. |
|
1.4 |
Adakah agensi di bawah KPM perlu menanggung kos petrol dan tol sekiranya dibenarkan menggunakan kenderaan Lembaga Peperiksaan? |
Ya. Agensi tersebut dikehendaki menanggung sendiri kos petrol dan tol sepanjang penggunaan kenderaan tersebut. |
|
1.5 |
Bagaimanakah aduan-aduan berkenaan kerosakan peralatan ICT, kerosakan mesin dan kerosakan bangunan boleh dikemukakan? |
Aduan boleh dikemukakan melalui kaedah berikut :
|
|
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:- Telefon & SMS : +603-8000 8000Faksimili : +603-8888 8001 Emel :80008000@1mocc.gov.my |
- Hits: 12881