Soalan-soalan Lazim Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
1.0 DASAR PELAKSANAAN PASR |
||||||||||||||||
1.1 | Apakah PASR? | |||||||||||||||
PASR ialah Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah. PASR adalah pentaksiran pusat bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang tidak mengikuti kurikulum dan pentaksiran arus perdana. |
||||||||||||||||
1.2 | Apakah tujuan PASR dilaksanakan? | |||||||||||||||
PASR dilaksanakan untuk melaporkan tahap penguasaan pembelajaran MBK pada tahun akhir persekolahan di sekolah rendah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. |
||||||||||||||||
1.3 | Apakah kurikulum yang digunakan oleh MBK yang menduduki PASR? | |||||||||||||||
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR PK) Masalah Pembelajaran. | ||||||||||||||||
1.4 | Apakah perkaitan antara perkembangan murid dalam Pentaksiran Sekolah dengan pencapaian murid dalam PASR? | |||||||||||||||
PASR adalah pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah (PS). Pencapaian murid dalam PASR seharusnya mempunyai korelasi (hubungankait) dengan perkembangan murid dalam PS. | ||||||||||||||||
1.5 | Apakah pendekatan pentaksiran yang digunakan dalam PASR? | |||||||||||||||
PASR menggunakan pendekatan pentaksiran bersepadu (integrated assessment) melalui Instrumen Projek Pendidikan Khas (ProKhas 1) dan Instrumen Projek Pendidikan Khas (ProKhas 2). | ||||||||||||||||
1.6 | Mengapa PASR menggunakan pendekatan pentaksiran bersepadu? | |||||||||||||||
Pendekatan pentaksiran bersepadu dapat menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid. | ||||||||||||||||
1.7 | Adakah murid akan dinaikkan ke tingkatan 1 secara automatik dengan pelaksanaan PASR? | |||||||||||||||
Murid Sekolah Kebangsaan akan naik ke tingkatan 1 secara automatik. Bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan, syarat naik ke tingkatan 1 atau kelas peralihan adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia tentang Kemasukan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) [SJKC] dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) [SJKT] ke Sekolah Menengah Kebangsaan tanpa melalui Kelas Peralihan yang dikeluarkan mengikut sesi persekolahan pada setiap tahun. |
||||||||||||||||
2.0 FORMAT INSTRUMEN | ||||||||||||||||
2.1 | Adakah instrumen PASR dibina berdasarkan Tahap Satu (1) dan Tahap Dua (2) KSSR PK? | |||||||||||||||
Tidak. Instrumen PASR dibina berdasarkan KSSR Tahap Dua (2) sahaja. |
||||||||||||||||
2.2 | Apakah Instrumen ProKhas 1? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 1 ialah instrumen yang menggabungjalinkan hasil pembelajaran tiga (3) mata pelajaran iaitu:
Bagi mata pelajaran KH, murid dibenarkan memilih satu (1) daripada empat (4) komponen yang ditawarkan iaitu:
|
||||||||||||||||
2.3 | Apakah Instrumen ProKhas 2? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 2 ialah instrumen yang menggabungjalinkan hasil pembelajaran dua (2) mata pelajaran iaitu:
|
||||||||||||||||
3.0 PENDAFTARAN | ||||||||||||||||
3.1 | Siapakah yang boleh mendaftar untuk menduduki PASR? | |||||||||||||||
|
||||||||||||||||
3.2 | Adakah murid dibenarkan mendaftar untuk menduduki PASR dan UPSR? | |||||||||||||||
Calon dibenarkan mendaftar untuk menduduki sama ada PASR atau UPSR sahaja. | ||||||||||||||||
3.3 | Adakah calon persendirian boleh menduduki PASR? | |||||||||||||||
PASR tidak ditawarkan kepada calon persendirian | ||||||||||||||||
3.4 | Bilakah pendaftaran PASR? | |||||||||||||||
1 Mac hingga 31 Mac tahun pentaksiran | ||||||||||||||||
3.5 | Siapakah yang mendaftarkan calon PASR? | |||||||||||||||
Pendaftaran calon PASR dilakukan oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah. | ||||||||||||||||
4.0 PENGOPERASIAN | ||||||||||||||||
4.1 | Bagaimanakah pengurusan dan pengendalian PASR? | |||||||||||||||
Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 yang boleh dimuat turun oleh sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan. Sekolah akan mentadbir dan melaksanakan PASR mengikut Jadual PASR. |
||||||||||||||||
4.2 | Bilakah Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 dilaksanakan? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 1 dilaksanakan selama lapan (8) minggu mengikut jadual yang ditetapkan LP. Instrumen ProKhas 2 dilaksanakan selama empat (4) minggu mengikut jadual yang ditetapkan LP. |
||||||||||||||||
4.3 | Bagaimanakah Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 dilaksanakan? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 dilaksanakan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran secara individu atau berkumpulan. | ||||||||||||||||
4.4 | Apakah yang diukur dalam Instrumen ProKhas 1? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 1 mengukur perkara berikut:
|
||||||||||||||||
4.5 | Apakah yang diukur dalam Instrumen ProKhas 2? | |||||||||||||||
Instrumen ProKhas 2 mengukur perkara berikut:
|
||||||||||||||||
4.6 |
Calon sakit berpanjangan dan tidak hadir ke sekolah sepanjang pentadbiran Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2. Bolehkah calon ini menduduki PASR selepas tamat tempoh pentadbiran tersebut? |
|||||||||||||||
Calon tidak boleh menduduki PASR kerana tempoh pelaksanaannya telah tamat. | ||||||||||||||||
4.7 | Bolehkan calon PASR menduduki Instrumen ProKhas 1 pada tahun ini, dan Instrumen ProKhas 2 pada tahun hadapan? | |||||||||||||||
Calon tidak boleh berbuat demikian kerana Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2 dijalankan pada tahun yang sama. | ||||||||||||||||
4.8 |
Calon PASR yang telah didaftarkan berpindah sekolah. Bolehkah calon tersebut menduduki PASR di sekolah baharu? |
|||||||||||||||
Calon boleh menduduki PASR sekiranya sekolah baharu melaksanakan PASR. | ||||||||||||||||
4.9 |
Calon berpindah ke sekolah baharu setelah menduduki Instrumen ProKhas 1. Bolehkah calon tersebut menduduki Instrumen ProKhas 2 di sekolah baharu? |
|||||||||||||||
Calon boleh menduduki Instrumen ProKhas 2 sekiranya sekolah baharu melaksanakan PASR. | ||||||||||||||||
4.10 |
Calon PASR yang telah mendaftar bertukar ke sekolah baharu yang tidak melaksanakan PASR. Bagaimanakah status calon tersebut? |
|||||||||||||||
Calon tidak dapat melaksanakan PASR kerana PASR dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran dan calon ditaksir oleh guru yang mengajar. | ||||||||||||||||
5.0 PELAPORAN | ||||||||||||||||
5.1 | Apakah bentuk pelaporan PASR? | |||||||||||||||
PASR melaporkan tahap kompetensi murid pada setiap kontsruk yang ditaksir. Pelaporan PASR akan dikeluarkan oleh sekolah dengan format dan spesifikasi standard seperti yang ditetapkan oleh LP. |
||||||||||||||||
5.2 | Apakah Tahap Kompetensi dan Tafsiran Tahap Kompetensi yang digunakan? | |||||||||||||||
|
||||||||||||||||
5.3 | Sejauhmana pelaporan PASR dapat digunakan oleh murid, ibu bapa dan guru ? | |||||||||||||||
Murid
Ibubapa
Guru
Pentadbir Sekolah
|
||||||||||||||||
6.0 PENJAMINAN KUALITI | ||||||||||||||||
6.1 | Apakah langkah yang dilaksanakan oleh LP untuk memastikan skor PASR yang diperolehi oleh calon adalah sah dan boleh dipercayai? | |||||||||||||||
LP menjalankan Penjaminan Kualiti sepanjang pengendalian dan pelaksanaan PASR oleh pihak sekolah. | ||||||||||||||||
6.2 | Apakah maksud penjaminan kualiti? | |||||||||||||||
Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PASR mengikut garis panduan yang ditetapkan. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan. | ||||||||||||||||
6.3 | Apakah pementoran? | |||||||||||||||
Pementoran adalah satu proses yang dijalankan untuk membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman bagi membolehkan guru melaksanakan PASR mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. | ||||||||||||||||
6.4 | Apakah pemantauan? | |||||||||||||||
Pemantauan adalah proses yang dijalankan untuk memastikan pelaksanaan PASR mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. | ||||||||||||||||
6.5 | Apakah penyelarasan? | |||||||||||||||
Penyelarasan adalah proses yang dijalankan untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. | ||||||||||||||||
6.6 | Apakah pengesanan? | |||||||||||||||
Pengesanan adalah proses menilai instrumen PASR untuk:
|
||||||||||||||||
6.7 | Siapakah yang melaksanakan penjaminan kualiti PASR? | |||||||||||||||
Penjaminan kualiti PASR dilaksanakan oleh personel pentaksiran yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Guru Besar seperti berikut:
|
||||||||||||||||
6.8 | Apakah maksud moderasi skor? | |||||||||||||||
Moderasi skor adalah proses menyeragamkan skor sebelum melalui proses verifikasi skor. Moderasi skor dilakukan oleh Ketua Panitia bagi memastikan keselarasan dalam pemeriksaan dan pemberian skor. | ||||||||||||||||
6.9 | Apakah maksud verifikasi skor ? | |||||||||||||||
Verifikasi skor adalah proses menentusahkan skor yang diberikan oleh pentaksir. Verifikasi skor dilakukan oleh Jawatankuasa Verifikasi Skor yang dipengerusikan oleh Guru Besar. | ||||||||||||||||
6.10 | Apakah maksud verifikasi instrumen? | |||||||||||||||
Verifikasi instrumen adalah proses menentusahkan instrumen yang telah dimuat turun oleh Guru Besar. | ||||||||||||||||
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:- Telefon & SMS : +603-8000 8000Faksimili : +603-8888 8001 Emel :80008000@1mocc.gov.my |
- Hits: 2291