1.0 INTEGRITI PENGURUSAN PEPERIKSAAN
|
|
|
1.1 |
Apakah maksud integriti dalam pengurusan peperiksaan? |
|
Menguruskan peperiksaan, pemeriksaan dan keputusan calon dengan mematuhi prosedur operasi standard dan prosedur keselamatan. |
|
|
1.2 |
Mengapakah perlu integriti dalam pengurusan peperiksaan? |
|
Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor yang diberikan kepada calon dimana calon menerima skor yang ia layak terima berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasainya. |
|
|
1.3 |
Siapakah personel yang perlu mempunyai integriti dalam pengurusan peperiksaan? |
|
Pentadbir sekolah, Guru, Petugas Peperiksaan, Calon dan Pemeriksa |
|
|
1.4 |
Bagaimanakah ukuran integriti pada personel? |
|
Pentadbir Sekolah dan Guru
- Memastikan calon mematuhi peraturan peperiksaan.
- Tidak membantu calon menjawab soalan.
|
Penyelia Kawasan
- Menjaga keselamatan kertas peperiksaan.
- Menguruskan kertas peperiksaan di bilik kebal dengan mematuhi prosedur keselamatan.
|
Pengawas Peperiksaan
- Menjaga keselamatan kertas peperiksaan.
- Menguruskan peperiksaan dengan mematuhi prosedur standard operasi.
- Memastikan calon tidak mendapat bantuan dari pihak ketiga dalam menjawab soalan peperiksaan.
- Melaporkan kepada LP calon yang melakukan salah laku dalam menjawab soalan peperiksaan.
- Menguruskan penghantaran skrip jawapan calon kepada Pemeriksa dengan mematuhi prosedur keselamatan.
|
Calon
- Membaca dan mematuhi peraturan peperiksaan seperti yang tercatat pada Jadual Waktu Peperiksaan.
- Menjawab soalan peperiksaan tanpa meniru, menyeludup nota atau mendapatkan bantuan daripada pihak lain.
|
Pemeriksa
- Memeriksa skrip jawapan calon berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
- Memberikan skor calon berdasarkan respon calon bagi setiap soalan.
- Melaporkan kepada LP kes jawapan calon yang mencurigakan seperti ada unsur peniruan antara satu sama lain.
|
|
|
|
2.0 KES SALAH LAKU CALON
|
|
|
2.1 |
Apakah punca kuasa tindakan atas kes salah laku? |
|
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). |
|
|
2.2 |
Apakah tafsiran salah laku dalam peperiksaan? |
|
Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. |
|
|
2.3 |
Apakah tindakan yang diambil oleh Lembaga Peperiksaan bagi calon yang disabitkan dengan kes salah laku dalam peperiksaan? |
|
Pengarah Peperiksaan boleh membatalkan keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan calon jika dibuktikan bahawa calon itu telah melakukan suatu salah laku dalam sesuatu peperiksaan. |
|
|
2.4 |
Bagaimanakah makluman mengenai larangan dalam peperiksaan disampaikan kepada calon? |
|
Jadual Waktu Peperiksaan memaklumkan mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan oleh calon semasa peperiksaan. |
|
|
2.5 |
Apakah larangan kepada calon semasa peperiksaan? |
|
Calon dilarang:
- membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
- membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
|
|
|
2.6 |
Apakah akan berlaku sekiranya calon melanggar peraturan peperiksaan? |
|
Calon yang melanggar sebarang peraturan peperiksaan dianggap melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. |
|
|
2.7 |
Apakah maksud tindakan tatatertib? |
|
Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-
- keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;
- keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
- keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.
|
|
|
2.8 |
Apakah peranan sekolah bagi mengelakkan calon melanggar peraturan peperiksaan? |
|
- Pentadbir sekolah menyampaikan taklimat keselamatan dalam menduduki peperiksaan sebelum hari peperiksaan – Arahan, Amaran, Larangan dan Peringatan
- Pentadbir sekolah memastikan calon memahami larangan dalam dewan/bilik peperiksaan dan kesannya sebelum menandatangani Borang Pengakuan Calon
- Guru bertugas mengingatkan calon mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan semasa peperiksaan dan barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan setiap pagi pada hari peperiksaan. Guru bertugas mengambil dan menyimpan semua barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan/ bilik peperiksaan.
- Guru bertugas mengingatkan calon mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan semasa peperiksaan dan barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan setiap pagi pada hari peperiksaan. Guru bertugas mengambil dan menyimpan semua barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan/ bilik peperiksaan.
|
|
|
2.9 |
Bagaimanakah LP memastikan calon membaca peraturan peperiksaan pada jadual waktu peperiksaan ? |
|
LP mengeluarkan arahan bahawa semua calon hendaklah mengisi dan menandatangani Borang Pengakuan Calon dan menyerahkannya kepada Guru Besar/Pengetua (calon sekolah)/Jabatan Pendidikan Negeri (calon persendirian) sebelum peperiksaan. |
|
|
|
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Telefon & SMS : +603-8000 8000 Faksimili : +603-8888 8001 Emel :80008000@1mocc.gov.my |